Sunday, 7 August 2011

redha

ehem.simple kan tajuk??lagi simple lagi better.bila layan benda simple hati tenang,tak berkecamuk.
berkecamuk sebab apa??sebab manusia manusia yg terlalu mudah menuding jari.
beberapa minggu ini banyak kejadian yang telah berlaku.macam biasa,ayat biasa.kalau ngadu apa apa pun dekat orang yg kita tgh macam ni macam ni dan macam ni,selalunya org akan kata
"alaaahh,bawak bersabar.dugaan tu.REDHA jelah".
haa,kan?kan?
REDHA??
apa maksud redha tu??maksud redha pun tak tau berangan nak cakap redha.*caitt!!kau ingat kau hebat sangat?hahaha
maksud redha tu lebih kurang mcm berserah lah ye kawan kawan.

sesungguhnya aku hambaMu yg lemah ya Allah.
aku redha atas segala ketentuanMu.

peristiwa pertama : ayah kepada salah seorang kawan yang rapat dekat uitm, Haszy Hasni telah kembali ke 
                              rahmatullah (6/08/2011)
                              semoga rohnya dicucuri rahmat.amin amin. :'(

peristiwa kedua : tiada apa yg perlu dinyatakan di sini.kecuali,orang ketiga.FULLSTOP.

setiap kejadian yang terjadi pasti ada hikmah yang tersendiri.
kita sebagai insan yg lemah hanya mampu bersabar,berdoa dan REDHA. :)
Alhamdulillah,walau pun di uji dgn dugaan daripada Nya,aku masih lagi tenang dan mampu bernafas di atas bumi ini.
berkat redha mungkin?

p/s: "tak usah di balas kata kata cacian dan tohmahan serta perbuatan org lain terhadap kita,serahkan semua kerja itu kepada Allah".(arwah maktok)

Wednesday, 6 July 2011

demam malaysia + abg-abg hot yg cool *erk!!!

fuhhh fuhhh
haduiiih,penatla nak tiup habuk-habuk ni untuk korang.harharhar
sorry la,dah berhabuk dah blog ni.
mesti korang cakap dalam hati "ceitt minah ni hari tu bukan main kata nak update blog tiap hari tapi hampehh nak kena hempuk ni. "
*dushhh!!
awww sakit la wehhh!!hahahaha
bukan lah,lately macam sibuk dgn kehidupan harian sebagai seorang pemakan anggur di ladang anggur yg sejati.haaaa
ehh,tak2sibuk uruskan hal-hal yg sepatutnya.
okey cukup,korang jgn nak tanya apa pulak.ngee

okey okey,sudah la tuuu,jum kita cakap pasal demam malaysia!!!
yahooo yahoo!!
demam malaysia lah bukan demam yg demam tuu.
errrr,ape ni??
hmm,maksudnya demam bola.
haa,iyelah,demam bola malaysia.haaa,baru betul.
macam biasa lah kan kalau cakap pasal bola ni bukan lelaki je expert tau,perempuan pon.
tak caya sudah.kalau tgok time kat stadium hari tu ramai je perempuan.haaaa
bagus kan??
tapi kenapa??
mungkin sebab perempuan ni kena pakse teman balak balak dorang la kot.hohoho
tuh yg ramai.ehh,takda2.
macam aku ni haaa.
pergi dgn family lagi.


haa,bola malaysia semakin up dan up sekarang.jumla sokong ramai-ramai.
jumla dating kat Bukit Jalil!!!!
:)






jgn risau jgn risau.
abang -abang yg datang tuh mostly hot-hot.
baik tak haku dah tolong usha untuk korang dah.haa
dah tu jgn risau.
datang jgn tak datang.
*aku dah rasa mcm jual ikan pun ada gak ni.hohoho
ehh,takla,dorh bukan je hot tp cool gila.
kalau dapat yg baik kan siap bagi tempat duduk yg best kat korang lagi,pastu belikan air semua.haaa.
nak layanan yg best??
dtgla tgok bola ramai-ramai.*khas untuk golongan perempuan sahaja.hohoho

JUMPA LAGI!!!! xoxo

Wednesday, 11 May 2011

anon ohh anon (bahagian 2)



holla!!dah dengar lagu kat atas tuh??haha.sesuaikan untuk anon.alaaa,tp untuk anon yg lelaki tak jumpa lagi la lagu sesuai.ngeh ngeh.famous jugak anon-anon ni sebab semua orang nak tau update pasal kau wahai anon.jadik post kali ini akan berkisar tentang anon..tidak kira yg lelaki ataupun yg perempuan kerana korang tidak layak diberi keistimewaan kerana korang sesungguhnya menyibuk dan sangat menyibuk dalam hidup aku.*okey sorry,banyak kerana pula.hehe


sebelum itu,mesti tertanya-tanya kan??kenapa bahagian 2?sebab bahagian pertama ada di kalangan kalian yg dah tahu.kalau siapa yg tidak tahu,rujuk-rujuk lah post yg bawah-bawah.ehehehe.*okey,pemalas.haha
ok,untuk permulaan.ada la sesetengah orang yang tanya,wahai cik fara yg cantik jelita,*gedik kejap.hahaha.siapa anon tu??yesss!!!baguihnya soalan hang.mula-mula,anon itu adalah anonymous.
jgn risau jgn risau.siapa yg tak tau maksud anonymous tu,saya dengan baik hatinya akan membantu anda sebab saya nak anda memahami maksud anonymous tu dengan mendalam.hehe.maksud anonymous tu ialah
 
(a.) Nameless; of unknown name; also, of unknown or unavowed authorship; as, an anonymous benefactor; an anonymous pamphlet or letter.

haaa..tau kan??ok.sekarang dah tau jadik secara automatiknya errr kejap-kejap tau tak automatik tu maksodnya apa??haha.*saja nak nganjing.okok.automatik tu automotif.faham??ehh bukan.automatik tu lebih kurang macam secara tidak langsung.yess!!berjaya buat korang faham.hehe.jadi secara automatiknya korang akan mengerti kenapa aku panggil hamba-hamba Allah terbabit anon. sebab aku pun tak tau siapa dorang dan apa niat dorang menyibuk dalam life aku.b*** punya olang.

paling aku menyirap sebab dorang menyibuk pasal aku dan encik semut.errrhhhh.get a life lah weyy.sian kau ni kan?menyibuk-menyibuk pasal orang.aku hargai sangat-sangat.terima kasih sebab bagitahu.aku tau korang kawan-kawan encik semut juga,tapi cuma satu je aku nak ingatkan,dah la tu,aku bahagia.itu yang penting.macam korang cakap juga,korang cuma nak tengok aku happy.itu sebabnya korang konon bgtau macam-macam pasal dia.tapi masalahnya,aku dah tau la wehh.aku tau semua.

dah la tu.jgn ganggu aku lagi.tolongla.tolong.doakan yg terbaik macam aku doakan korang yg terbaik supaya korang bahagia dengan hidup masing-masing.

to be continued

p/s:sorry readers,tak sanggup nak continue tulis.sebab sakit hati sangat.

Monday, 9 May 2011

alam mistik itu wujud



apa??tak percaya??percayalah.memg wujud.cuma kita yg kadang-kadang butakan mata.pengalaman teman seorang hamba Allah yg menjadi mangsa khianat manusia benar-benar mengajar aku.bayangkan lah,hanya kerana cemburu  hamba Allah terbabit disihir.*nauzubillah.jauhkanlah.

ok.stop.boleh tak tolong bgtau kenapa rumah org yg kononnya pandai mengubati penyakit sosial ini semuanya tak menakutkan sangat?yeahhh,SANGAT tak menakutkan.rumah kalau boleh nak lg jauh dari org.pastu masuk ceruk kampung mana-mana entah.GARMIN pun tidak boleh membantu.seriously.

kalau tak percaya,cuba tekan dekat gps tuh,comfirm gps pun pening kepala nak jawab.apakah??
tanya orang??bagus jugak idea tu.mari ikuti perbualan pendek kami dengan org kampung.


me:assalamualaikum pak cik.kat dalam kampung ni ada tak rumah bla bla bla.kat mana ye rumah dia??
       dari tadi kami carik tak jumpa-jumpa.
pak cik tua:salam.anak nak buat apa pergi sana?jauh lagi ni.hujung lagi.

setelah nak dekat satu jam,

mak cik-mak cik tua yg bergossip kot*yg bergossip tuh tambah.hehe :dari tadi kami tengok adik ni terpusing-pusing.nak pergi mana sebenarnya?
me:rumah ni aaaa bla bla bla.
mak cik-mak cik tua:hujung kampung ni adik.dah nak ke kampung sebelah.bahaya sikit jalan nak masuk dia.hati-hatilah.

ternyata malu bertanya sesat jalan.terima kasih org kampung.world!!upps!!hahaha.nampak tak?org kampung describe pun cam menakutkan je.bila kita org dah masuk jalan yg agak scary,serta merta kitaorg tau,this is it!!ini lah jalannya sebb bulu roma kitaorg meremang seremang remangnya bila masuk jalan sempit tu yg cuma dikelilingi pokok getah tu.

pengalaman paling real ialah time turun kereta,perghh!!rasa mcm puteri bunian.walawehhhh!!hahaha.sebab turun2 je bau wangi sangat.pdhal tak da pun pokok bunga around there.*okey cukup.ketakutan melanda.even sewaktu tulis this post.di pendekkan cerita.,setelah puhh dah puhh,dikatakan kawan saya ni disihir.kerana ada seseorang perempuan lain tidak mahu kawan saya yg innocent ni meneruskan perkahwinannya.Ya Allah.

setelah disiasat,perempuan tersebut ialah bekas,yess ex.again ex,yess ex - gf tunang kawan aku ni.
org nak bahagia pun tak boleh.apa punya org lah.dah tak da jodoh tu dah la.get over it.jgn sihir-sihir ni.Tuhan kan ada.berserah la.


*to my future hubby aka encik semut: harap kita dijauhkan dari semua ini.Insyaallah.

Friday, 6 May 2011

1 may??cuti hari pekerja??wooowwwww!!!

hello semua!!
yeeahhh!!cuti.hahaha.terima kasih sebab bagi cuti kat semua pekerja.*saya bekerja ok.LOL!!
okey okey.sudah lumrah manusia bila kerja nak cuti tapi bila cuti tak tau nak buat ape pulak dah.adehh!!
adik-adik??nak pergi mana??haha*untunglah ada adik-adik. :)
jadik dorang aka adik yg hensem dan adik yg kurus cakap nak pergi air terjun.maka ibu dan ayah ibu pun membawa kami ke air terjun ulu bendul yg terletak berdekatan gunung angsi di negeri sembilan.perghhh!!ayat karangan darjah 6 ye dah keluar.macam biasa,sila google!!kalau nak tau tempat tuh kat mana.hehe.

bertolak dalam pukul 4 petang dari rumah.semua eksited.haha.kitaorg lalu highway LEKAS sebb nak cepat.hahaha.cehh,takdalah.dah memg highway tuh yg dekat & senang kalau nak gerak seremban.so,LEKAS lah. :) anyway,highway ni highway baru.kalau korang nak tau kat highway ni la arwah achik spin eksiden dan meninggal. Al-Fatihah.okok.highway ni series lawa die punye view.kiri kanan gunung.tp jalan die agak berbukit sampi boleh buat telinga berdengung.any tips??*sila telan air liur.hehe

ok.cukup pasal highway lekas.now nak cakap pengalaman lalu jalan baru bukit putus.  yeee!!!tempat berdarah tuu.auuuu..seramnye.tp tu dulu.sekarang dah ada jalan baru dah.lurus je tak bengkak bengkok sangat dah.dulu bukit putus tu mengerikan sebb bnyak kejadian eksiden yg menakutkan kat situ sebb jalan die terputus putus dan kiri kanan gaung serta sempit.silap2 kalau eksiden,mayat pon tak jumpa.ishh.akhirnya dalam pukul 5 cam tu kitaorg pon sampai.daaaaaaaaaannnnn,mandi manda time!!!hehe










lepas mandi tu,lapa.jadik jom carik sate tulang yg konon nye famous kat area senawang tuh.carik punya carik akhirnaya jumpa jugak.kat dataran senawang tu.errrr..seriously harap famous je.layanan kureng lah.rasa??boleh tahan lah.sebelum balik,sempat singgah kat bazar kat datarn tu tepi Giant senawang.macam2 lah ada kat situ.tp paling sedap sebb ada buah potong.slurrrrpp.lega sikit tekak lepas makan sate.hehe.
till we meet again.
xoxo!!





ehhhhh..kejap!!!before tu, Al-Fatihah dekat 3 org mangsa lemas sebab kejadian kepala air dekat air terjun Ulu Bendul beberapa hari lalu.semoga roh adik-adik yg comel tu di tempatkan di kalangan org-org yg baik.Insyaallah.

Tuesday, 26 April 2011

trust issue



 yess,TRUST!!
anyone yang penah face problem in trust *sila angkat tangan dan goyang-goyang kan(ala-ala kak limah)
haha.okey,stop.
apa perasaan korang bila `somebody aka stranger aka pak cik or mak cik anon` buka cerita pasal somebody yg korang trust so damn much??
tak perlu.sangat tak perlu explain.sebab sesungguhnya saya amat memahami perasaan anda.
funny kan??bila ada org yang konon nye lebih tau dari anda pasal someone yg korang trust tu.
tapi sangat tak funny bila it get personal.yes,yang menyebabkan org bergadoh tak tentu hala.
wahai anon,kau nak apa sebenarnya??apa yg kau dapat bila laga-lagakan org??bahagia??kau memg tak da life.seriously.kau jgn risau anon sebab aku tak kan buat apa-apa dengan kau bukan sebab aku tak berani nak lawan kau balik ke apa sebab aku di ajar untuk bersabar selagi mampu.*senyum.bila aku tak respond dekat semua statement kau,kau cakap yang aku tak boleh terima keburukan dia.kau juga cakap aku ada masalah trust issue dengan hamba Allah terbabit.Ya Allah anon,cukup- cukuplah.terima kasih sebab ambil berat.itu aku hargai.

Monday, 25 April 2011

holla holla






test test test 1 2 3,
ehem ehem okay you ollss,
this is my first post,so please be kind.
i mean it.hahaha
fullstop.